Iklan Penawaran Sarjana dan PhD ACIS UiTM Cawangan Kelantan

PENAWARAN PROGRAM

Akademi Pengajian Islam UiTM Cawangan Kelantan (ACIS) dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Kelantan menawarkan kepada sesiapa yang berkelayakan dan berminat bagi memohon Program Sarjana Pengajian Islam Kontemporari (IC780) dan Doktor Falsafah Pengajian Islam Kontemporari (IC990). Kedua-dua program ini bertujuan melahirkan cendekiawan yang mahir dan cekap dalam pengajian Islam kontemporari.

 

MAKLUMAT PROGRAM

Program ini menggabungkan pengetahuan dan teori Islam dengan disiplin pengajian kontemporari. Program ini adalah berasaskan mod penyelidikan sepenuhnya. Bidang penyelidikan yang tersedia merangkumi bidang Akidah, Tamadun Islam, Pemikiran Islam, al-Quran dan Hadis, Perbandingan Agama, Psikologi Agama/ Komunikasi Islam, Muamalat, Dakwah dan Pembangunan Insan, Pengurusan Islam, Fiqh dan Usul Fiqh, Ekonomi Islam, Pengurusan Alam Sekitar Islam, Perbankan dan Kewangan Islam, Pendidikan Islam, Syariah dan Undang-undang Perbandingan.

Program ini menyediakan latihan komprehensif dalam penyelidikan bagi menghasilkan karya asli dalam bentuk tesis. Penulisan tesis boleh dihasilkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Bahasa Arab dengan tidak melebih 60,000 (Sarjana) dan 100,000 (PhD) patah perkataan. Semua calon pascasiswazah dikehendaki mengikuti kursus dalam metodologi penyelidikan dan penulisan tesis yang dianjurkan oleh institut pengajian siswazah (ipsis). Calon juga mungkin perlu mengikuti kursus pra-syarat yang dikendalikan oleh ACIS.

 

SYARAT KELAYAKAN

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari (IC780):

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dari UiTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UiTM dengan PNGK minimum 2.75 atau setaraf;
  • atau Kelayakan lain dalam bidang yang berkaitan, setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Senat UiTM.

Doktor Falsafah Pengajian Islam Kontemporari (IC990):

  • Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dari UiTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UiTM dengan PNGK minimum 2.75 atau setaraf;
  • atau kelayakan lain dalam bidang yang berkaitan, setaraf dengan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Senat UiTM.

Setiap calon harus mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang berkaitan bidang kajian. Kelulusan permohonan calon adalah berdasarkan keputusan muktamad Senat UiTM.

 

TEMPOH PENGAJIAN 

Program /Tempoh

Sarjana

PhD

Sepenuh Masa

1½-3 tahun (3-6 semester)

3-5 tahun (6-10 semester)

Separuh Masa

2-4 tahun (4-8 Semester)

4-6 tahun (8-12 semester)

 

PELUANG PEKERJAAN

Lulusan program ini berpeluang menjadi perunding penyelidikan, penasihat agama, pengurus atau ahli akademik di sektor kerajaan dan swasta.

 

PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

  • http://ipsis.uitm.edu.my 
  • Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun
  • Pemohon perlu membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM50.00 sebelum permohonan dapat dibuat secara atas talian
  • Permohonan yang dicetak hendaklah dihantar berserta dengan dokumen yang lengkap kepada:

    1.   Dekan

          Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

          Universiti Teknologi MARA (UiTM)

          40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,

          Malaysia.

 

     2. Pusat Pengajian Siswazah

         Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan

         Kampus Kota Bharu

         Lembah Sireh

         15050 Kota Bharu

         Kelantan.

         Tel: 09-7417794

         E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.